Wednesday, September 9, 2009

Jom Jalan2 kat taman

Semalam siap je masak,tengok citer Aqso & Madina,tapi sebelum main citer tu adalah citer upin & ipin…apa lagi anak aku dok depan tv cantik je dengan mata dok tengok upin ipin tu pastu dia gelak. Selalu macam tu Iman.
Belum pun abis citer suami aku ajak kluar jalan2 ditaman katanya boring…agaknya selepas dia dapat brita kematian salah seorang Atuknya kat kelantan. Meninggal dalam bulan puasa walaumacammanapun al-fatihah untuk mengiringi jenazah beliau…
Dah sampe taman tu iman plak yang ngantuk tengok lah dia buat muka masam nak tido tu…Iman dah tumbuh 2batang gg,,,,,bl dia nangis dia jerit "mmmmmaaaaa...mmmmmaaaa" x lama lg leh ckp ler ank aku ni.
Abis 3pusingan keliling bangunan suami aku penat ajak naik katanya nak hidang makanan untuk berbuka.
Hidup berdua ni makan ala kadar je,cukup stakat nak berbuka buat isi perut banyak2 kang x abis plak…smalam aku masak rendang ayam dengan puding roti….1st time ku buat rendang,slama ni aku ingatkan susah rupanya main campak je hehehehe…bahan2nya : santan, bawang merah,cili kering,serai,daun kunyit,bunga kantan pastu letak kelapa parut semangkuk lepastu masukkan ayam dan kacau hingga kering….cubalah bley tahan juga sedapnya,aku amek dari “Resipi dari Istana” Perak TV9…

Ini plak x de keje buat hiasan untuk iman….puding roti biasa je.x susah pun masak agar2,gula,blender susu cair 1 tin,roti ikut suka klau nak pekat letak ler banyak2 macam aku letak 1 bungkus roti gardenia kecil tu,telur 1bj dan sedikit esen vanilla.lepastu campur ke dalam periuk kacau dah sebati tu bleh tutp api then masukkan ke dalam acuan.tunggu keras je.Nak cepat bley masukkan dalam freezer.

No comments:

Post a Comment