Monday, September 7, 2009

Berkongsi Ilmu

Bahaya Bid’ah

Kita nak berkongsi satu ilmu yang mana pada masa sekarang dianggap sesuatu yang baik dan juga dianggap dapat menguatkan Iman masing-masing.
Hukum mengingati Maulid Nabi SAW.

Sebenarnya kita ditegah mengadakan sebarang majlis pada malam kelahiran atau malam-malam lainnya kerana itu adalah benda baru dalam Islam atau lebih sesuai disebut Bid’ah.Para sahabat yang pernah hidup bersama Nabi SAW,dan begitu mencintai Nabi SAW pun tidak pernah mengadakan majlis seperti kita pada hari ini.Persoalannya,darimanakah amalan ini diambil dan digunapakai pada masa sekarang?bersama kita mengkaji isu ini.

Nabi SAW bersabda:
(Barang siapa mengada-adakan sesuatu yang baru dalam urusan agama kami yang sebelumnya tidak pernah ada,maka akan ditolak.)

(Kamu harus berpegang teguh pada sunnah-Ku setelah (Al-Quran) dan sunnah Khulafaurrasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku,berpeganglah dengan sunnah itu dan gigitlah dengan gigi gerahammu sekuat-kuatnya,serta jauhilah perbuatan baru dalam agama,kerana setiap perkara baru itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat) Riwayat:Abu Daud dan Tirmidzi

(Janganlah kalian semua memujiku sebagaimana orang2 nasrani memuji anak Maryam. Aku tidak lain hanyalah seorang hamba, maka katakanlah:hamba Allah dan Rasul Nya) H.R.Bukhori

Dalil dari al-quran:
Surah Al-Hasyr ayat 7 bermaksud : Dan apa yang dibawa Rasul kepadamu,maka terimalah ia,dan apa yang dilarang bagimu,maka tinggalkanlah dan bertakwalah kepada Allah,sesungguhnya Allah keras hukum-nya.

An-Nur ayat63 bermaksud : Kerana itu hendaklah orang2 yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cubaan atau azab yang pedih.

Al-Ahzab ayat 21 bermaksud: Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah suritauladan yang baik bagimu iaitu bagi orang2 yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.

At-Taubah ayat 100 bermaksud: Orang2 terdahulu lagi yang pertama kali masuk Islam diantara muhajirin dan ansar dan orang2 yang mengikuti mereka dalam kebaikan itu,Allah suka kepada mereka dan mereka suka kepada-Nya,serta ia sediakan bagi mereka syurga2 yang disana mengalir beberapa sungai, mereka kekal didalamnya,itulah kemenangan yang besar.

Al-Maidah ayat3 bermaksud: Pada hari ini telah kusempurnakan untukmu agamu,dan telah ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku,dan telah ku redhai Islam itu sebagai agama bagimu.

Al-An’am ayat 116 bermaksud : Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang2 yang berada dimuka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan dari jalan Allah, mereka tidak lain hanyalah berdusta terhadap Allah.

Jadi nak ditegaskan disini,jika upacara mengingati maulid itu betul-betul diredhai oleh Allah SWT,sudah tentu Nabi SAW telah menerangkan pada umat atau Baginda sendiri pasti sudah melakukan semasa hidupnya atau sudah tentu para sahabat akan mengadakan upacara seperti itu.Jadi sebagai pegangan kita umat Islam pada hari ini ingin diingatkan jika semua ini belum pernah terjadi pada zaman Nabi SAW maka hal itu bukan dari ajaran Islam dan merupakan bid’ah.Nabi SAW menyuruh kita menjauhi bid’ah,sebagaimana hadis diatas.

Tetapi orang yang datang kemudian membolehkan semua itu selagi tidak menyalahi batas syariat seperti berlebih-lebihan dalam memuji Nabi SAW,barcampurnya bukan mahram,penggunaan alat muzik, dengan beranggapan bahawa bid’ah hasanah sedangkan syariat mengatakan bahawa segala sesuatu yang keliru bagi manusia hendaklah kembali kepada Al-quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Ramai diantara umat Islam pada hari ini bersemangat menghadiri upacara bid’ah ini kemudian meninggalkan solat Jumaat dan juga solat berjema’ah yang diwajibkan keatas semua umat Islam.Sebenarnya mereka ini telah mendatangkan kemungkaran yang besar.Penyebab utama adalah iman yang lemah,kurang berfikir,dan hati yang berkarat disebabkan dari perbuatan maksiat.

Marilah kita sama2 memanjat doa kepada Allah dalam memahami agamanya,dan juga mudah-mudahan diberi ketetapan iman.Semoga Allah member petunjuk kepada kita agar tetap mengikuti sunnah dan berwaspada terhadap bid’ah kerana Allah SWT Maha Mulia lagi Maha Pemurah.Semoga selawat dan salam selalu dilimpahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

No comments:

Post a Comment