Tuesday, March 9, 2010

isssshhhhh..isssshhhh..

Bekulat dah blog aku ni...nak buat macamne...sibuk sikit2 je tapi yang banyak nye sebab dah lama putus internet kat umah ni...mula2 susah nak dapat coverage last2 potong trus mai letak kat ofis plak..ni baru trasa nak tulis balik blog ni.Bila anak dah tido je bley main komputer ni..Iman pun dah bsa...1tahun 16hari.berat 8.9kg..dah pandai jalan,gigi pun dah ada 8batang.Skang ni plak nak makan sendiri.dah boleh cakap banyak patah juga tapi sume bahasa ibunda abah iman..kek,eh,padiak,ghanam,menai ia...banyak lah lagi yang dia leh paham tapi blum leh sebut...yang dia taw panggil abah je...ummi jarang sangat dia sebut....nanti lain kali baru leh update gambar...skang ni x boleh sbb iman kacau...jumpa lagi dddaaa

Thursday, September 10, 2009

jom beghambeh...

Lepas siap makan leh rehat sambil main dengan iman dulu.10ramadhan terakhir ni kena rebut pluang untuk buat ibadah banyak2 pesan suamiku...
apa2pun kena tdokan iman dulu baru leh buat keje lain....tapi sebelum aku tinggalkan blog ni untuk malam ni ada 2 resipi ingin ku kongsi bersama...singge tulang....bahan2nya bawang merah,putih,lada kering,ketumbar,lengkuas,garam dan gula....
Ini pula somtam atau kerabu mangga...taaapppiiii masam...aku p letak asam limau 3bj...bwng pth,kacang pnjang,kcng tanah,udang kering dtumbuk kasar...kemudian digaul bersama mangga yang sudah disagat,cili,tomato,asam,sos ikan dan gula..baunyaaaaaa kembang hidung.ok bye2.





Wednesday, September 9, 2009

Jom Jalan2 kat taman

Semalam siap je masak,tengok citer Aqso & Madina,tapi sebelum main citer tu adalah citer upin & ipin…apa lagi anak aku dok depan tv cantik je dengan mata dok tengok upin ipin tu pastu dia gelak. Selalu macam tu Iman.
Belum pun abis citer suami aku ajak kluar jalan2 ditaman katanya boring…agaknya selepas dia dapat brita kematian salah seorang Atuknya kat kelantan. Meninggal dalam bulan puasa walaumacammanapun al-fatihah untuk mengiringi jenazah beliau…
Dah sampe taman tu iman plak yang ngantuk tengok lah dia buat muka masam nak tido tu…Iman dah tumbuh 2batang gg,,,,,bl dia nangis dia jerit "mmmmmaaaaa...mmmmmaaaa" x lama lg leh ckp ler ank aku ni.
Abis 3pusingan keliling bangunan suami aku penat ajak naik katanya nak hidang makanan untuk berbuka.
Hidup berdua ni makan ala kadar je,cukup stakat nak berbuka buat isi perut banyak2 kang x abis plak…smalam aku masak rendang ayam dengan puding roti….1st time ku buat rendang,slama ni aku ingatkan susah rupanya main campak je hehehehe…bahan2nya : santan, bawang merah,cili kering,serai,daun kunyit,bunga kantan pastu letak kelapa parut semangkuk lepastu masukkan ayam dan kacau hingga kering….cubalah bley tahan juga sedapnya,aku amek dari “Resipi dari Istana” Perak TV9…

Ini plak x de keje buat hiasan untuk iman….puding roti biasa je.x susah pun masak agar2,gula,blender susu cair 1 tin,roti ikut suka klau nak pekat letak ler banyak2 macam aku letak 1 bungkus roti gardenia kecil tu,telur 1bj dan sedikit esen vanilla.lepastu campur ke dalam periuk kacau dah sebati tu bleh tutp api then masukkan ke dalam acuan.tunggu keras je.Nak cepat bley masukkan dalam freezer.

Monday, September 7, 2009

Berkongsi Ilmu

Bahaya Bid’ah

Kita nak berkongsi satu ilmu yang mana pada masa sekarang dianggap sesuatu yang baik dan juga dianggap dapat menguatkan Iman masing-masing.
Hukum mengingati Maulid Nabi SAW.

Sebenarnya kita ditegah mengadakan sebarang majlis pada malam kelahiran atau malam-malam lainnya kerana itu adalah benda baru dalam Islam atau lebih sesuai disebut Bid’ah.Para sahabat yang pernah hidup bersama Nabi SAW,dan begitu mencintai Nabi SAW pun tidak pernah mengadakan majlis seperti kita pada hari ini.Persoalannya,darimanakah amalan ini diambil dan digunapakai pada masa sekarang?bersama kita mengkaji isu ini.

Nabi SAW bersabda:
(Barang siapa mengada-adakan sesuatu yang baru dalam urusan agama kami yang sebelumnya tidak pernah ada,maka akan ditolak.)

(Kamu harus berpegang teguh pada sunnah-Ku setelah (Al-Quran) dan sunnah Khulafaurrasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku,berpeganglah dengan sunnah itu dan gigitlah dengan gigi gerahammu sekuat-kuatnya,serta jauhilah perbuatan baru dalam agama,kerana setiap perkara baru itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat) Riwayat:Abu Daud dan Tirmidzi

(Janganlah kalian semua memujiku sebagaimana orang2 nasrani memuji anak Maryam. Aku tidak lain hanyalah seorang hamba, maka katakanlah:hamba Allah dan Rasul Nya) H.R.Bukhori

Dalil dari al-quran:
Surah Al-Hasyr ayat 7 bermaksud : Dan apa yang dibawa Rasul kepadamu,maka terimalah ia,dan apa yang dilarang bagimu,maka tinggalkanlah dan bertakwalah kepada Allah,sesungguhnya Allah keras hukum-nya.

An-Nur ayat63 bermaksud : Kerana itu hendaklah orang2 yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cubaan atau azab yang pedih.

Al-Ahzab ayat 21 bermaksud: Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah suritauladan yang baik bagimu iaitu bagi orang2 yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.

At-Taubah ayat 100 bermaksud: Orang2 terdahulu lagi yang pertama kali masuk Islam diantara muhajirin dan ansar dan orang2 yang mengikuti mereka dalam kebaikan itu,Allah suka kepada mereka dan mereka suka kepada-Nya,serta ia sediakan bagi mereka syurga2 yang disana mengalir beberapa sungai, mereka kekal didalamnya,itulah kemenangan yang besar.

Al-Maidah ayat3 bermaksud: Pada hari ini telah kusempurnakan untukmu agamu,dan telah ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku,dan telah ku redhai Islam itu sebagai agama bagimu.

Al-An’am ayat 116 bermaksud : Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang2 yang berada dimuka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan dari jalan Allah, mereka tidak lain hanyalah berdusta terhadap Allah.

Jadi nak ditegaskan disini,jika upacara mengingati maulid itu betul-betul diredhai oleh Allah SWT,sudah tentu Nabi SAW telah menerangkan pada umat atau Baginda sendiri pasti sudah melakukan semasa hidupnya atau sudah tentu para sahabat akan mengadakan upacara seperti itu.Jadi sebagai pegangan kita umat Islam pada hari ini ingin diingatkan jika semua ini belum pernah terjadi pada zaman Nabi SAW maka hal itu bukan dari ajaran Islam dan merupakan bid’ah.Nabi SAW menyuruh kita menjauhi bid’ah,sebagaimana hadis diatas.

Tetapi orang yang datang kemudian membolehkan semua itu selagi tidak menyalahi batas syariat seperti berlebih-lebihan dalam memuji Nabi SAW,barcampurnya bukan mahram,penggunaan alat muzik, dengan beranggapan bahawa bid’ah hasanah sedangkan syariat mengatakan bahawa segala sesuatu yang keliru bagi manusia hendaklah kembali kepada Al-quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Ramai diantara umat Islam pada hari ini bersemangat menghadiri upacara bid’ah ini kemudian meninggalkan solat Jumaat dan juga solat berjema’ah yang diwajibkan keatas semua umat Islam.Sebenarnya mereka ini telah mendatangkan kemungkaran yang besar.Penyebab utama adalah iman yang lemah,kurang berfikir,dan hati yang berkarat disebabkan dari perbuatan maksiat.

Marilah kita sama2 memanjat doa kepada Allah dalam memahami agamanya,dan juga mudah-mudahan diberi ketetapan iman.Semoga Allah member petunjuk kepada kita agar tetap mengikuti sunnah dan berwaspada terhadap bid’ah kerana Allah SWT Maha Mulia lagi Maha Pemurah.Semoga selawat dan salam selalu dilimpahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Iman at uia

Alkesahnyeeee..kami p berbuka puasa d uia bersama kawan2 suamiku niii...bawa iman hhheeeuuuhh nangis x leh orang amekkk..p lepak kat bilik kawan jap,lepas terawikh kami pulang ke rumah.
Iman baru siap mandi...menangis je keje dia...lepas mandi segar lllllleeeeerrr...

Ini bukan mimpi

Tak sangka betulll..dah bsa rupanya anak dara aku ni...dah ada orang pandai2 buat anak aku ni tunang anak dia hakhakhakhak...no way....bia anak aku cari sendiri ler bila bsa nanti yeeeeee.....
Tetidoooo...orang berbuka puasa dia plak tdo atas kete...nampak selesa betul dia tido kan???


Iman baru bley duduk...tapi blom bley merangkak...


HHHHaaaaa yang ni bahaya..letak dia atas buai abah dia ni jawabnye bertiarap atas tu trus.,,,

Macam2 iman ni....klu tdo tu x minum susu pun x pe.cium bantal busuk dia tu.

Klu dia x peluk anak patung tu nanti tangan dia teraba2 cari orang kat sebelah....rasa x de orang mula la dia buka radio pagi2 kuat terus...menangis tuuuu..

Penat main tdo la apa lagi..


Muka mengantuk tapi x mau tdo...nak buka pose sama2.Tengah tunggu abah balik bawa kuih niiiiiii.


Bergaya dengan baju besar hakhakhak..


Tengoklah dia...tengah makan boleh tetido


Suka sangat tido macam ni sampe2 mata pun jadi sepet dah


Mesti ada je benda yang dia nak main....tu tengah cari botol hehehehe


Gatal gusi ha asyik gigit anak itik dia je


Aku dengan suami aku masih lagi tak percaya bahawa kami dah ada anak. Kadang2 bl tdo mimpi bukan2 tu sda pluk anak rasa macam waaaah bahagia sangat2. Betul…seronok ada anak ni. Sekarang ni Iman lah yang jadi penghibur kami. Oleh sebab ini cerita iman jom layan gambar2 iman. Gambar ni masa kat kemboja.

Iman dengan chemiuk dia
















BUMI KEMBOJA

inilah suasana di airport Phnom Penh, lelaki yang pakai baju putihni kawan baik abang, baik sangat orangnya, dia ketua multimedia kat sebuah NGO Kuwait yang besar di kemboja. yang pempuan baju putih tu pula sepupu abang, dia pelajar kedoktoran tahun akhir kat universiti kemboja
Gambar atas tu aku menyibuk je sehari sebelum kenduri.Pelamin dia bl dipasang lampu seronok iman tengok.Inilah pengantin perempuan merangkap adik ipar aku no.4




Inilah suasana kenduri kat sana meriah gitu.ni baru 1st round. Pak mentua aku orang cham pertama pakai khemah bila ada kenduri kawin. Biasa Cuma orang khemer yang pakai.


Ha nil ah gulai lembu orang kat sana,gulai lembu campur sayur terung.




Ini pula suasana dalam rumah. Nak jalan pun tak boleh.






Suasana waktu pagi. Ada gerai kecil jual pisang goreng dan kuih pagi2. Ada "bumi" tau.bubur campur mee sedap...ABC pun sedap gak tapi tengahari baru ada.






Inilah masjid baru siap yang pernah aku cerita dulu. ceiling dia cantik.Lantai biasa je belum masuk carpet lagi.






Sehari sebelum pulang,sdara mara datang ramai2 main dengan iman,tapi iman masih x leh p dengan orang termasuklah nenek dia sendiri.



Ni plak masa p jalan2 umah moyang iman.macam nilah suasana orang dok kerumun iman. Sebab tu lah anak aku nangis.







Adik ipar ku yang bongsu…nama dia mohammad yasir ngan pak mentua aku.sampe airport yasir p gigit iman.dia geram sangat hakhakhak.



Iman masa atas van. Dok dengan nenek dia,bl nenek dia lenguh bagi kat abah iman plak. Maklumlah aku mabuk kete.



Setelah 2 minggu berada di kampong pas 2,dalam perjalanan ke Phnom Penh. Masa tu air besar,sampai tepi jalan air nye.